Friday, 17 July 2020

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021



Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop kalendar 2021 yang baik. Walaupun pada awalnya susah...tetapi lama kelamaan menjadi senang. Photoshop antara kaedah yang menarik digunakan dan sangat cepat bagi sesiapa yang laptopnya tidak membuat hal. Alangkah bahagianya saya apabila ada pc yang tersendiri. Nasib laptop ayah saya tidak buat hal. Gambar sebenarnya boleh crop tapi asal ikut kreativiti masing-masing ok je. Berserta dengan caption quote. Teks juga sangat memain peranan penting..bermain dengan colour sahaja juga mampu membangkitkan emosi manusia. Sejujurnya sangat menarik untuk dipelajari dengan lebih mendalam. Tapi ini yang asas sahaja. Supaya yang basic ni kita boleh da apply macam biasa n skill ni boleh buat kat kerja luar nanti. InshaAllah. Berikut saya paparkan kalendar 2021 mulai Januari sehingga Disember. Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar En Akmal dalam saya memahami ajarannya dan saya gunakan ilmu ini untuk seterusnya.



















Sunday, 14 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

1. Facebook satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal tetapi Twitter digunakan dalam kehidupan harian mereka seperti menyatakan emosi.

2. Facebook memegang kepentingan sosial dan peribadi, juga memain peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar, tetapi Twitter melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan.

3. Facebook mencerminkan contoh pengajian yang baik kerana penglibatan aktif bersama penggunanya, tetapi Twitter membantu dalam memeta jaringan perbualan yang dinamik.

4. Facebook berkongsi faedah berinteraksi dalam bahasa tulen sert kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan, tetapi Twitter lebih untuk bersosial pada waktu malam kerana kebanyakannya tinggal di rumah dan melalui cara ini, mereka boleh bersosial bersama rakan-rakan mereka.

5. Facebook menjadikan satu persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dan berguna yang boleh menyokong atau mempertingkatkan pembelajaran bahasa, tetapi Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh.

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1










Logo tersebut mengatakan bentuk love tanda kasih sayang, bulatan kecil di bawah merupakan kesepaduan bersama ahli keluarga


Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka 





Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)










Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.

Thursday, 11 June 2020

AKTIVITI 1, 2, 3 (BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI)




















Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5







1. Nilai Berdikari. Ini menunjukkan Alim sudah terbiasa apabila selesai membaca buku, menyusun dan mengemas di tempat yang asal. Alim tidak memerlukan bantuan sesiapa pun.

2. Nilai Kerajinan. Sebagai contoh, Alim sangat rajin membaca buku pada waktu petang dan malam. Ini menunjukkan membaca merupakan amalan mulia.

3. Nilai Pemurah. Sebagai contoh, Alim seorang yang pemurah, dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).












Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday, 4 June 2020

AKTIVITI 1,2,3 (BAB 7 ISU RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA)











Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:
Penerbit UMT.

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


Nilai baik hati. Alim berkongsi kek cawan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Menunjukkan Alim tidak berkira dalam pemberian.
Nilai taat. Sebagai contohnya, Alim bersalaman dengan ibu. Menunjukkan Alim sangat taat sebagai seorang anak.
Nilai berdikari. Sebagai contohnya, Alim pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Alim tidak mengharapkan sesiapa.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).


Wednesday, 6 May 2020

BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA







RUJUKAN
Noraien Mansor&Normaliza Abd Rahim(2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

CERITA SOSIAL 3(NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3












Nilai menolong. Alim suka menolong ibu bapanya setiap hari. Alim mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Sebab adiknya selalu lupa mengemas permainan setelah bermain. Alim yang akan menyimpan semula permainan permainan setelah bermain. Alim juga belajar menolong adik beradiknya yang lain.

Nilai bersabar. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja tersebut. Alim tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Lantas, ibunya tolong bersama dan akhirnya dia berjaya menghabiskan kerjanya

Nilai kasih sayang. Seperti yang terdapat dalam cerita ini nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu yang sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik dan memberi pujian kepada Alim. Sebenarnya kata-kata ini sangat penting agar seorang anak terus bersemangat dalam melakukan hal. Dorongan seorang ibu mampu memberi contoh yang terbaik dan teladan buat si anak.

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Salam. Hari ni nak share tentang 5 kepentingan asas grafik. Pertama, menarik. Sebenarnya foto atau video yang menarik boleh memberi impak yang kuat kepada masyarakat terhadap mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana masyarakat akan mudah tertarik sebenarnya dan tidak cepat bosan. Sebab itu menarik ni perlu ada untuk asas grafik untuk tarik audience tu kerana secara tidak langsung akan menambah bilangan pengikut.

Kedua, kepentingan yang lain ialah mudah difahami. Konsep yang mudah difahami oleh masyarakat sebenarnya lebih berkesan. Sebab itu grafik yang ingin dirangka perlu memainkan peranan asas ini supaya masyarakat tidak keliru atau berasa ragu-ragu dengan apa yang ingin disampaikan. Secara totalnya, sangat pentinglah untuk masyarakat memahami keseluruhannya terhadap apa yang dipaparkan.

Ketiga, Mesej. Mesej yang baik mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Untuk menyampaikan mesej yang baik perlulah memfokuskan apa yang perlu ingin dikatakan. Elakkan daripada memasukkan sebarang yang bercelaru. Kerana jelas grafik mudah untuk penonton atau pembaca merasai sekadar melihatnya sahaja. Tujuan utama atau tema yang ingin dicerapkan dalam poster itu mengambil maklum semua.

Keempat. Ketara. Tidak akan terjadi sebarang konflik atau kekeliruan makna mesej yang ingin disampaikan jika asas ini mudah masyarakat untuk memahami.Ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengelakkan ketidakfahaman kerana foto dan video yang dipapar telah disertakan. Oleh itu, asas grafik ini sangat penting untuk nampak ketara itu.

Kelima, Asas yang terakhir ialah promosi. Promosi antara medium yang senang, cepat dan berkesan sekali lagi-lagi menggunakan foto atau video. Rata-ratanya promosi ini untuk mempromosikan barangan atau mesej yang ingin disampaikan kerana bertindak saluran yang begitu memberangsangkan. Amnya, sangat positif dan jimat pun jimat untuk melakukan asas grafik ini.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.

Friday, 1 May 2020

BBM3410Satu2020:Aktiviti 1,2,3 (Buku Media Sosial)


Aktiviti 1. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian saya ialah:
1. Dapat berkenalan dan mengenali serantau dunia. Hal ini telah memudahkan saya untuk berkongsi pendapat dan belajar tentang bahasa lain. Ia sangat menyeronokkan.
2. Dapat memberi semangat contohnya melakukan aktiviti bisnes sehingga berjaya. Selalunya pengaruh yang kuat seperti artis dan para usahawan berjaya mempengaruhi saya untuk menceburi bidang perniagaan secara kecul-kecilan dahulu. Misalnya, saya berjinak dengan dropship terlebih dahulu.
3. Dapat meraih populariti dan boleh dijadikan sumber kewangan. Media sosial antara tempat yang terbaik untuk meraih perhatian tetapi niat juga harus diperbetulkan dahulu. Jika pandai daya tarikan, maka ia sangat membantu untuk memperoleh maklumat.
4. Dapat menambah info ilmu dari segi psikologi, dunia masakan dan sebagainya. Terlalu banyak yang saya peroleh melalui media sosial ini.
5. Ianya satu platform yang berjaya untuk mencungkilkan bakat. Mana tahu akan ada satu agensi tertarik dengan bakat kita! Rezeki di mana-mana.



Aktiviti 2. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?
1. Dapat belajar tentang selok belok ICT
2. Dapat berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dunia luar melalui medium yang dikenakan.
3. Berupaya menjadikan saluran komunikasi lebih menarik. Orang akan mudah tertarik dan tidak cepat bosan.
4. Dapat menjadikan satu kerjaya misal pendidikan networking.
5. Memperbaharui ilmu-ilmu baru seperti analisis penyuntingan teks.



Aktiviti 3. Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya.
1. Instagram-senang dicerobohi oleh pihak luar untuk mengambil maklumat peribadi.
-Netizen mengeluarkan kata-kata kesat tanpa selidiki terlebih dahulu
- Keliru dengan berita semasa. Hal ini kerana, terjadi sahaja sekarang berita-berita yang palsu.

2. Facebook-plagiat senang berlaku untuk kepentingan diri
- Mudah dimasuki penjenayah siber dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab
- Leka dalam dunia sendiri sehingga menyebabkan ketagihan




RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)



Facebook



Begitulah postingan saya di facebook mengenai Rule of Thirds boleh rujuki laman media sosial saya di sana. Rule of Thirds antara disiplin ilmu fotografi yang penting untuk dipelajari supaya menghasilkan gambar yang cantik dan memikat hati ramai. Justeru, teknik sebetulnya perlu untuk keseimbangan imej dan komposisi. Imaginasi yang tinggi juga harus ada supaya gambar kelihatan menarik. Sekian terima kasih.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor:Penerbit UPM.














Thursday, 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2
Mengandungi 3 nilai iaitu nilai kasih sayang, nilai berterima kasih dan nilai baik hati.




1. Nilai kasih sayang disini apabila Alim ingin berkongsi makanan atau barang yang disukai kepada Sulaiman. Alim ingin berkongsi rasa apa yang telah dia dapat, dia tidak ingin dia seorang sahaja beroleh rezeki. Sebaiknya, perlu berkongsi kerana itu satu amalan yang mulia. Ibunya pun cukup berbangga melihat Alim sendiri yang tidak melupakan orang lain.

2. Nilai berterima kasih. Seperti yang terkandung dalam buku ini, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian plastik yang berisi buah-buahan itu. Sifat ini seharusnya diamalkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan persaudaraan. Ramai yang terlupa untuk mengucapkan terima kasih dewasa ini jika beroleh sesuatu. Jadi, nilai ini seharusnya dipegang kerana ia merupakan amalan yang baik.

3. Nilai baik hati. Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah setelah selesai makan. Hal ini jelas menunjukkan satu contoh perbuatan yang baik yang harus kita ikuti. Kita perlu sama-sama menyemaikan sifat baik hati itu dalam diri sendiri kerana banyak pahala dan disayangi pula. Seperti Alim yang membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Sangat besarlah sebenarnya nilai ini dan merupakan aspek penting untuk dititikberatkan dalam kehidupan.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT

Wednesday, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Minggu 5

Bahagian A



Peta Minda


Rujukan
Noraien Mansor&Normaliza Abd Rahim.(2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu:Penerbit UMT











BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Minggu 5
Bahagian A

Nur Aqilah Binti Saifuddin
199325

Strategi Kesopanan Oleh Brown&Levinson(1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalalm erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengamcam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif

Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT


Bahagian B
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
Pada hari ahad lalu, bapa Alim membawa banyak buah-buahan. Bapa telah membeli buah-buahan di pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada buah rambutan, ada buah durian, ada buah manggis, ada buah langsat, ada buah duku dan banyak lagi. Abang Imran memanggil yang lain supaya makan sama-sama sejurus bapa pulang dari pasar tani. Ibu menyediakan bakul sampah supaya rumah tidak kotor nanti. Dan yang lain faham akan arahan ibu. Sambil-sambil makan, alim mencadangkan kepada ibu supaya buah-buahan ini diberi sedikit kepada Sulaiman. Ibu dan ayahnya sendiri berpesan berkongsi makanan yang kita suka atau barang adalah satu perbuatan yang mulia. Ibu Alim sungguh terharu dengan kata-kata Alim.  Ibu menyediakan plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis untuk diberi kepada Sulaiman. Ibu Alim tahu Sulaiman sedang siram pokok bunga kebetulan tadi. Alim pun mencapai beg plastik tersebut dan beri kepada Sulaiman dengan tersenyum puas. Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Lalu Aim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai. Ibu Sulaiman mengucap terima kasih atas pemberiannya.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia Dalam Bahasa

BBM3410Satu2020: Nota Peta Minda Asas Fotografi

Minggu 5
Bahagian A











Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Bahagian B
Kepentingan Rule of Thirds


Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang sangat penting difokuskan. Ia digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Fotografi tidak mempunyai garis panduan atau peraturan yang tetap bagi mendapatkan hasil imej yang terbaik. Dek kerana falsafah atau prinsip sebenar fotografi ialah dalam peraturan dunia fotografi, ia tidak mempunyai sebarang peraturan. Namun, ROT dicipta bagi mendapatkan komposisi penceritaan disebalik setiap petikan jari untuk mendapatkan sebuah gambar yang tidak mempunyai ‘jiwa kosong’. Dengan memahami komposisi letak duduknya ROT, kita akan dapati bahawa terdapat sesetengah gambar, merupakan snapshot biasa, manakala sesetengah yang lainnya pula mempunyai suatu ‘jalan cerita’. Kajian mendapati mata manusia kebiasaannya akan menghala kepada garis silang atau titik pertemuan berbanding menghala terus ke tengah gambar, dan ROT berfungsi untuk menjadikan gambar lebih mudah dihadamkan oleh mata manusia berbanding memaksanya. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting, dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan (sekurang-kurangnya dalam fotografi), rule of thirds tidak digunakan dalam situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik. ROT dicipta bagi mengenal pasti empat elemen penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej.










Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia dalam Bahasa. Selangor. Penerbit:UPM

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...