Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Minggu 5
Bahagian A

Nur Aqilah Binti Saifuddin
199325

Strategi Kesopanan Oleh Brown&Levinson(1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalalm erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengamcam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif

Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT


Bahagian B
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
Pada hari ahad lalu, bapa Alim membawa banyak buah-buahan. Bapa telah membeli buah-buahan di pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada buah rambutan, ada buah durian, ada buah manggis, ada buah langsat, ada buah duku dan banyak lagi. Abang Imran memanggil yang lain supaya makan sama-sama sejurus bapa pulang dari pasar tani. Ibu menyediakan bakul sampah supaya rumah tidak kotor nanti. Dan yang lain faham akan arahan ibu. Sambil-sambil makan, alim mencadangkan kepada ibu supaya buah-buahan ini diberi sedikit kepada Sulaiman. Ibu dan ayahnya sendiri berpesan berkongsi makanan yang kita suka atau barang adalah satu perbuatan yang mulia. Ibu Alim sungguh terharu dengan kata-kata Alim.  Ibu menyediakan plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis untuk diberi kepada Sulaiman. Ibu Alim tahu Sulaiman sedang siram pokok bunga kebetulan tadi. Alim pun mencapai beg plastik tersebut dan beri kepada Sulaiman dengan tersenyum puas. Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Lalu Aim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai. Ibu Sulaiman mengucap terima kasih atas pemberiannya.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...