Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
 [1] Keluarga
 Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Ceritanya bermula saya sangat suka menolong orang tua saya setiap hari bermula dari pagi sehingga malam. Saya sangat menjaga budi pekerti supaya tidak mengguriskan hati perasaan orang tua saya. Mana mungkin saya mahu mencalarkan imej mereka berdua kerana mereka telah banyak jasa dan pengorbanan yang diberi. Justeru, saya tetap berhati-hati dan menjaga lisan saya sebaik mungkin. Anak perlu taat dan hormat seperti yang diperintah Allah. Tanpa keluarga siapalah kita kerana hidup ini singkat dan perlu banyak berbakti kepada orang sekeliling kita. Sayangilah abang, kakak, adik dan saudara kita kerana mereka darah daging kita. Kita tidak boleh hidup tanpa mereka. Walaupun gelak tawa senda gurau begitu dekat janganlah sesekali kita ambil hati. Kerana mereka satu-satunya ada dalam hidup kita. Jadi jangan pernah berkira dalam setiap pemberian seperti wang, pakaian, makanan dan lain-lain lagi. Hidup kena sentiasa bersyukur. Rasai betapa ada insan lagi yang belum sempurna. Semoga ahli keluarga kita berjumpa di syurga nanti. Terima kasih atas semuanya. Tak terbalas rasanya. Saya akan ingat kenangan sampai bila-bila. Walaupun nanti umur meningkat, jangan risau rasa kasih tetap ada. Sebab itu kena selalu tengok orang yang bawah jangan di atas supaya kita tidak bongkak. Kerana bila-bila saja nikmat Tuhan akan tarik balik. Setia keluargaku.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...