Thursday 5 March 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Hasil keputusan perbincangan pengajian kesusasteraan mendapati responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Ini kerana responden wanita lebih emosi dan tersurat. Bahasa yang digunakan juga adalah lebih santai dan digunakan sebagai latihan kelas kesusasteraan untuk menggunakan perkataan yang sesuai. Tahap sasaran juga berbeza dalam menulis puisi (blog) untuk memotivasikan dan keyakinan. Bagi cerpen, menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada lelaki. Responden menyatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah cerita kanak-kanak kerana ia menarik. Cerpen pendek ini sangat baik untuk sesiapa yang mahu mengasah kemahiran bakat menulis. Kerana penyampaian akan mudah menjadi lebih seronok. Bukan itu sahaja, mereka juga turut berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Seterusmya, menulis skrip adalah bahasa sasaran sesuai digunakan untuk penulisan blog. Peratus menunjukkan bahawa responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini kerana fakta perempuan berminat berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip. Menulis skrip juga mampu menolong untuk berimaginasi seperti yang mereka inginkan. Banyak perkara yang ingin diceritakan dan boleh dikongsikan apa-apa maklumat. Responden suka menulis skrip mengikut bahasa sasaran. Dan apabila skrip mereka dibaca melalui blog, ia akan menyebabkan responden secara tidak langsung bermotivasi lantaran membantu untuk terus menulis di dalam blog dengan berbagai idea kerana platform dunia kini yang canggih. Akhir sekali, pantun turut dinyatakan. Responden wanita lebih cenderung memilih pantun dalam penulisan blog berbanding responden lelaki. Ini disebabkan fakta bahawa lelaki sukar untuk menulis. Responden wanita lebih berpuas hati dengan pantun yang mereka buat kerana mereka tahu cara untuk menulis pantun dua rangkap yang baik. Dan, responden wanita lebih selesa sebenarnya meninggalkan pantun kepada rakan melalui blog. Pantun adalah tradisional dan sepatutnya dikuasai oleh kita golongan Melayu untuk terus berjuang mempertahankan adat budaya dan resam. Kerana kebanyakan responden adalah wanita, ia suka yang berunsur romantik selain memotivasikan sebenarnya. Keyakinan akan bertamabah melalui penulisan blog tersebut.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Noraien Mansor& Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...