Thursday 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2
Mengandungi 3 nilai iaitu nilai kasih sayang, nilai berterima kasih dan nilai baik hati.




1. Nilai kasih sayang disini apabila Alim ingin berkongsi makanan atau barang yang disukai kepada Sulaiman. Alim ingin berkongsi rasa apa yang telah dia dapat, dia tidak ingin dia seorang sahaja beroleh rezeki. Sebaiknya, perlu berkongsi kerana itu satu amalan yang mulia. Ibunya pun cukup berbangga melihat Alim sendiri yang tidak melupakan orang lain.

2. Nilai berterima kasih. Seperti yang terkandung dalam buku ini, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian plastik yang berisi buah-buahan itu. Sifat ini seharusnya diamalkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan persaudaraan. Ramai yang terlupa untuk mengucapkan terima kasih dewasa ini jika beroleh sesuatu. Jadi, nilai ini seharusnya dipegang kerana ia merupakan amalan yang baik.

3. Nilai baik hati. Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah setelah selesai makan. Hal ini jelas menunjukkan satu contoh perbuatan yang baik yang harus kita ikuti. Kita perlu sama-sama menyemaikan sifat baik hati itu dalam diri sendiri kerana banyak pahala dan disayangi pula. Seperti Alim yang membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Sangat besarlah sebenarnya nilai ini dan merupakan aspek penting untuk dititikberatkan dalam kehidupan.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...