Wednesday 6 May 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Salam. Hari ni nak share tentang 5 kepentingan asas grafik. Pertama, menarik. Sebenarnya foto atau video yang menarik boleh memberi impak yang kuat kepada masyarakat terhadap mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana masyarakat akan mudah tertarik sebenarnya dan tidak cepat bosan. Sebab itu menarik ni perlu ada untuk asas grafik untuk tarik audience tu kerana secara tidak langsung akan menambah bilangan pengikut.

Kedua, kepentingan yang lain ialah mudah difahami. Konsep yang mudah difahami oleh masyarakat sebenarnya lebih berkesan. Sebab itu grafik yang ingin dirangka perlu memainkan peranan asas ini supaya masyarakat tidak keliru atau berasa ragu-ragu dengan apa yang ingin disampaikan. Secara totalnya, sangat pentinglah untuk masyarakat memahami keseluruhannya terhadap apa yang dipaparkan.

Ketiga, Mesej. Mesej yang baik mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Untuk menyampaikan mesej yang baik perlulah memfokuskan apa yang perlu ingin dikatakan. Elakkan daripada memasukkan sebarang yang bercelaru. Kerana jelas grafik mudah untuk penonton atau pembaca merasai sekadar melihatnya sahaja. Tujuan utama atau tema yang ingin dicerapkan dalam poster itu mengambil maklum semua.

Keempat. Ketara. Tidak akan terjadi sebarang konflik atau kekeliruan makna mesej yang ingin disampaikan jika asas ini mudah masyarakat untuk memahami.Ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengelakkan ketidakfahaman kerana foto dan video yang dipapar telah disertakan. Oleh itu, asas grafik ini sangat penting untuk nampak ketara itu.

Kelima, Asas yang terakhir ialah promosi. Promosi antara medium yang senang, cepat dan berkesan sekali lagi-lagi menggunakan foto atau video. Rata-ratanya promosi ini untuk mempromosikan barangan atau mesej yang ingin disampaikan kerana bertindak saluran yang begitu memberangsangkan. Amnya, sangat positif dan jimat pun jimat untuk melakukan asas grafik ini.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...