Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020:Aktiviti 1,2,3 (Buku Media Sosial)


Aktiviti 1. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian saya ialah:
1. Dapat berkenalan dan mengenali serantau dunia. Hal ini telah memudahkan saya untuk berkongsi pendapat dan belajar tentang bahasa lain. Ia sangat menyeronokkan.
2. Dapat memberi semangat contohnya melakukan aktiviti bisnes sehingga berjaya. Selalunya pengaruh yang kuat seperti artis dan para usahawan berjaya mempengaruhi saya untuk menceburi bidang perniagaan secara kecul-kecilan dahulu. Misalnya, saya berjinak dengan dropship terlebih dahulu.
3. Dapat meraih populariti dan boleh dijadikan sumber kewangan. Media sosial antara tempat yang terbaik untuk meraih perhatian tetapi niat juga harus diperbetulkan dahulu. Jika pandai daya tarikan, maka ia sangat membantu untuk memperoleh maklumat.
4. Dapat menambah info ilmu dari segi psikologi, dunia masakan dan sebagainya. Terlalu banyak yang saya peroleh melalui media sosial ini.
5. Ianya satu platform yang berjaya untuk mencungkilkan bakat. Mana tahu akan ada satu agensi tertarik dengan bakat kita! Rezeki di mana-mana.



Aktiviti 2. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?
1. Dapat belajar tentang selok belok ICT
2. Dapat berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dunia luar melalui medium yang dikenakan.
3. Berupaya menjadikan saluran komunikasi lebih menarik. Orang akan mudah tertarik dan tidak cepat bosan.
4. Dapat menjadikan satu kerjaya misal pendidikan networking.
5. Memperbaharui ilmu-ilmu baru seperti analisis penyuntingan teks.



Aktiviti 3. Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya.
1. Instagram-senang dicerobohi oleh pihak luar untuk mengambil maklumat peribadi.
-Netizen mengeluarkan kata-kata kesat tanpa selidiki terlebih dahulu
- Keliru dengan berita semasa. Hal ini kerana, terjadi sahaja sekarang berita-berita yang palsu.

2. Facebook-plagiat senang berlaku untuk kepentingan diri
- Mudah dimasuki penjenayah siber dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab
- Leka dalam dunia sendiri sehingga menyebabkan ketagihan




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...