Thursday, 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak
 [1] Keluarga
 Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Ceritanya bermula saya sangat suka menolong orang tua saya setiap hari bermula dari pagi sehingga malam. Saya sangat menjaga budi pekerti supaya tidak mengguriskan hati perasaan orang tua saya. Mana mungkin saya mahu mencalarkan imej mereka berdua kerana mereka telah banyak jasa dan pengorbanan yang diberi. Justeru, saya tetap berhati-hati dan menjaga lisan saya sebaik mungkin. Anak perlu taat dan hormat seperti yang diperintah Allah. Tanpa keluarga siapalah kita kerana hidup ini singkat dan perlu banyak berbakti kepada orang sekeliling kita. Sayangilah abang, kakak, adik dan saudara kita kerana mereka darah daging kita. Kita tidak boleh hidup tanpa mereka. Walaupun gelak tawa senda gurau begitu dekat janganlah sesekali kita ambil hati. Kerana mereka satu-satunya ada dalam hidup kita. Jadi jangan pernah berkira dalam setiap pemberian seperti wang, pakaian, makanan dan lain-lain lagi. Hidup kena sentiasa bersyukur. Rasai betapa ada insan lagi yang belum sempurna. Semoga ahli keluarga kita berjumpa di syurga nanti. Terima kasih atas semuanya. Tak terbalas rasanya. Saya akan ingat kenangan sampai bila-bila. Walaupun nanti umur meningkat, jangan risau rasa kasih tetap ada. Sebab itu kena selalu tengok orang yang bawah jangan di atas supaya kita tidak bongkak. Kerana bila-bila saja nikmat Tuhan akan tarik balik. Setia keluargaku.


Monday, 24 February 2020

Blanket Test

1) Elemen asas fotografik (teks) ( saiz dan font yang sesuai memberi watak penting bagi pemahaman grafik.)
2) Asas fotografi mengikut gambar (gambar lelaki tua dgn latar blkg dikaburkan)
    Jawapan: Potrait kerana gambar yang jelas
3) Berdasarkan gambar (baby)
    Jawapan: Potrait kerana gambar lebih jelas
4) Bersdasarkan gambar (perempuan)
    Jawapan: Close-up kerana memfokuskan gambar muka seseorang

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi



Mug Shot




Muka di sebelah kiri menunjukkan ekspresi senyum, muka sebelah kanan pula terkejut


Muka di sebelah kiri tengah senyum, manakala kanan muka kehairanan









Muka di sebelah kiri menunjukkan ekspresi ingin tahu, manakala yang kanan muka senyum

Muka sebelah kiri tengah menahan geram, manakala yang kanan keriangan


Muka di sebelah kiri gembira, manakala yang kanan muka perasaan ingin tahu

Muka di sebelah kiri menunjukkan ekspresi terkejut, manakala yang kanan ekspresi muka senyum
Muka di sebelah kiri menunjukkan senyum, manakala yang kanan sedih


Muka ekspresi di sebelah kanan bimbang, manakala yang kanan senyum


Muka di sebelah kiri senyum, manakala yang kanan berwajah masam


Muka di sebelah kiri senyum, manakala yang kanan masam








Potrait
Seluruh Badan



Potrait
Bahagian muka


                                                             Medium Shot 1




                                                              Medium Shot 2



Long Shot Pemandangan


Long Shot Manusia

Thursday, 20 February 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2-BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Ahad lalu bapa Alim ada pergi ke pasar tani membeli buah-buahan kesukaan Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Seluruh keluarga sangat seronok dan menantikan ayah mereka. Ibu pula berpesan supaya jangan letak sampah merata-rata nanti rumah kotor. Alim gemar akan buah-buahan tempatan tetapi dia ingin kongsi kepada Sulaiman. Ibu bapa Alim selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Alim memberi buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman yang ketika itu tengah siram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman sedang menyapu lantai walhal Alim mengemas sampah-sampah kulit yang bertaburan di tanah dan kemudia memasukkan ke dalam tong. Alim terserempak dengan ibunya. Ibu Sulaiman mengucap terima kasih juga atas pemberian buah-buahan tersebut kepada anaknya. Semoga Allah membalas perbuatan Alim dan keluarganya yang baik itu. Ibu Sulaiman juga mendoakan yang baik-baik akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

KELUARGA KESAYANGAN SAYA

Saya mempunyai 7 orang ahli keluarga terdiri abah, emak, abang, kakak, saya, dan 2 adik perempuan. Saya sangat sayang mereka semua tanpa mereka hidup saya akan kesepian. Abah dan emak saya merupakan cikgu, manakala abang merupakan pegawai bank. Kakak pula bekerja di Johor dan saya masih menuntut ilmu di UPM. 2 orang adik di bawah saya masih belajar di IPG Sarawak. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas budi baik mak ayah yang tak terkira. Semoga impian saya tercapai satu hari nanti. Bagi saya ahli keluarga saya sangat unik kalau abah sangat manja orangnya dan peminat tegar Liverpool. Emak walaupun garang sangat kasih akan anak-anaknya. Abang merupakan satu-satunya lelaki sulung yang ada dalam keluarga kami. Dia suka menyakat kami yang lain memandangkan kami semua perempuan. Kakak seorang yang kreatif dan suka membantu kami yang lain. Saya pula sejenis yang suka gelak dan kuat makan juga boleh tahan. Adik saya yang keempat ni sangat suka kartun walaupun usianya mencecah 20 an ke atas tapi masih tengok. No wonder dia dapat jurusan pendidikan awal kanak-kanak di maktab Samarahan. Yang bongsu pula inginkan perhatian tetapi kami adik beradik yang lain suka membulinya..HAHAHA. Tapi kami sayang. Terima Kasih Allah atas kurniaan nikmat yang sementara iniJ

BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH NUR AQILAH BINTI SAIFUDDIN


Gambar tersebut merupakan aktiviti 2 manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Pertama, dapat belajar tentang selok belok ICT. Jadinya asas kemahiran itu perlu dan kreatif dapat dibentuk. Kedua, dapat berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dunia luar melalui medium yang dikenakan. Ketiga, berupaya menjadikan saluran komunikasi lebih menarik. Impaknya media sosial ini akan membuatkan orang lebih tertarik kerana visualnya yang penuh warna warni dan tidak bosan. Keempat, dapat menjadikan satu kerjaya misal pendidikan networking dan perincian subbidang. Kelima, memperbaharui ilmu-ilmu baru seperti analisis penyuntingan teks.

Monday, 17 February 2020

BBM3410Satu2020:Asas Grafik











Proses 1: Rizal (ketua) membahagikan kami tugas. Dalam gambar ini mereka sedang punch mountaing board.
Proses 2: Salah seorang daripada kumpulan kami memilih gambar mengikut pemilihan pensyarah yang telah dipersetujui.
Proses 3: Sebahagian yang lain pula ada yang menggunting majalah, mencari perkataan untuk ditampal di akhir kelak. Dan setiap proses kerja ini ada seorang yang mengambil gambar.



Proses 4: Gam perkataan tersebut di atas mounting board yang mempunyai 6 keping.

Proses 5: Hasilnya seperti ini dan di setiap belakang mounting board ada tertulis 5 elemen asas grafik dan diikat siap dengan reben sekali.

Proses 6: Siap dihantar! swafoto bersama kumpulan ahli:)





Ulasan Asas Grafik

Mudah. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana imej tersebut sangat mudah

Warna. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana seimbang dengan warna dan kelihatan menarik

Teks. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana secara terus sudah diketahui infonya
Kesesuaian. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana mempunyai latar yang sesuai

Keseimbangan. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana seimbang dari segi ruang dan dapat disampai dengan baik




BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...