Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020:CERITA SOSIAL 2-BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Ahad lalu bapa Alim ada pergi ke pasar tani membeli buah-buahan kesukaan Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Seluruh keluarga sangat seronok dan menantikan ayah mereka. Ibu pula berpesan supaya jangan letak sampah merata-rata nanti rumah kotor. Alim gemar akan buah-buahan tempatan tetapi dia ingin kongsi kepada Sulaiman. Ibu bapa Alim selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Alim memberi buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman yang ketika itu tengah siram pokok bunga. Sulaiman mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman sedang menyapu lantai walhal Alim mengemas sampah-sampah kulit yang bertaburan di tanah dan kemudia memasukkan ke dalam tong. Alim terserempak dengan ibunya. Ibu Sulaiman mengucap terima kasih juga atas pemberian buah-buahan tersebut kepada anaknya. Semoga Allah membalas perbuatan Alim dan keluarganya yang baik itu. Ibu Sulaiman juga mendoakan yang baik-baik akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...