Saya mempunyai 7 orang ahli keluarga terdiri abah, emak, abang, kakak, saya, dan 2 adik perempuan. Saya sangat sayang mereka semua tanpa mereka hidup saya akan kesepian. Abah dan emak saya merupakan cikgu, manakala abang merupakan pegawai bank. Kakak pula bekerja di Johor dan saya masih menuntut ilmu di UPM. 2 orang adik di bawah saya masih belajar di IPG Sarawak. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan membalas budi baik mak ayah yang tak terkira. Semoga impian saya tercapai satu hari nanti. Bagi saya ahli keluarga saya sangat unik kalau abah sangat manja
orangnya dan peminat tegar Liverpool. Emak walaupun garang sangat kasih akan
anak-anaknya. Abang merupakan satu-satunya lelaki sulung yang ada dalam
keluarga kami. Dia suka menyakat kami yang lain memandangkan kami semua
perempuan. Kakak seorang yang kreatif dan suka membantu kami yang lain. Saya
pula sejenis yang suka gelak dan kuat makan juga boleh tahan. Adik saya yang
keempat ni sangat suka kartun walaupun usianya mencecah 20 an ke atas tapi
masih tengok. No wonder dia dapat jurusan pendidikan awal kanak-kanak di maktab
Samarahan. Yang bongsu pula inginkan perhatian tetapi kami adik beradik yang
lain suka membulinya..HAHAHA. Tapi kami sayang. Terima Kasih Allah atas
kurniaan nikmat yang sementara iniJ
Thursday, 20 February 2020
BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH NUR AQILAH BINTI SAIFUDDIN
Gambar tersebut merupakan aktiviti 2 manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Pertama, dapat belajar tentang selok belok ICT. Jadinya asas kemahiran itu perlu dan kreatif dapat dibentuk. Kedua, dapat berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dunia luar melalui medium yang dikenakan. Ketiga, berupaya menjadikan saluran komunikasi lebih menarik. Impaknya media sosial ini akan membuatkan orang lebih tertarik kerana visualnya yang penuh warna warni dan tidak bosan. Keempat, dapat menjadikan satu kerjaya misal pendidikan networking dan perincian subbidang. Kelima, memperbaharui ilmu-ilmu baru seperti analisis penyuntingan teks.
Monday, 17 February 2020
BBM3410Satu2020:Asas Grafik
Proses 1: Rizal (ketua) membahagikan kami tugas. Dalam gambar ini mereka sedang punch mountaing board.
![]() |
| Proses 2: Salah seorang daripada kumpulan kami memilih gambar mengikut pemilihan pensyarah yang telah dipersetujui. |
![]() |
| Proses 3: Sebahagian yang lain pula ada yang menggunting majalah, mencari perkataan untuk ditampal di akhir kelak. Dan setiap proses kerja ini ada seorang yang mengambil gambar. |
![]() |
| Proses 4: Gam perkataan tersebut di atas mounting board yang mempunyai 6 keping. |
![]() |
| Proses 5: Hasilnya seperti ini dan di setiap belakang mounting board ada tertulis 5 elemen asas grafik dan diikat siap dengan reben sekali. |
![]() |
| Proses 6: Siap dihantar! swafoto bersama kumpulan ahli:) |
Ulasan Asas Grafik
![]() |
| Mudah. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana imej tersebut sangat mudah |
![]() |
| Warna. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana seimbang dengan warna dan kelihatan menarik |
![]() |
| Teks. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana secara terus sudah diketahui infonya |
Kesesuaian. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana mempunyai latar yang sesuai
![]() |
| Keseimbangan. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana seimbang dari segi ruang dan dapat disampai dengan baik |
BBM3410Satu2020:Blanket Test
Kumpulan kami iaitu Kumpulan 1 telah memperoleh 4 markah daripada sesi Blanket Test. Berikut merupakan soalan beserta jawapannya.
1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam multimedia?
Jawapan: 11 muka surat
2)Apakah kepentingan Rule of Thirds?
Jawapan: Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.
3) Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya?Terangkan?
Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Ia kerana hanya berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ia adalah pemandangan sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya di samping lautan yang terbentang luas.
4)Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat?Terangkan?
Jawapan: Elemen warna kerana gambar tersebut seimbang dan berat dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.
Thursday, 13 February 2020
BBM3410Satu2020:Cerita Sosial 1
Cerita sosial seperti cerita kanak-kanak dalam buku wacana ini mampu
memberikan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa, dan penting ibu bapa dan
guru sekolah menjalankan aktiviti bercerita sesame mereka. Cerita sosial ini
juga mengandungi bahasa yang mudah difahami dan jalan cerita yang menarik. Amatlah
wajar model ini digunakan sepenuhnya supaya kanak-kanak istimewa dapat belajar
dengan jayanya. Maklum balas daripada kanak-kanak istimewa sendiri dapat
mendorong kajian yang lebih jauh lagi dari aspek pemahaman ayat yang lebih
kompleks dan juga situasi yang berbeza setiap hari. Persoalan nilai juga juga
dapat diterapkan seperti nilai baik hati, jujur, tolong-menolong dan
sebagainya. Oleh sebab itu, pentingnya nilai-nilai baik ini agar pelajar dapat
meniru contoh teladan yang baik dalam cerita ini seperti Alim dengan neneknya.
Alim sangat kasih akan neneknya dan berusaha untuk menolong sebaik mungkin.
Bukan itu sahaja, persoalan tentang watak Alim yang sukakan ayam dan itik.
Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih
rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Jadi sangat berbeza
sekali dengan orang bandar, tetapi Alim masih ada sifat ingin tahu itu. Watak
nenek dalam cerita ini menunjukkan bahawa bahasa dia seorang yang lemah lembut
dan penyayang. Nenek akan cuba memujuk Alim dengan bercerita secara terperinci
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT
BBM3410Satu2020: Penulisan Blog
Cara-cara Membuat blogspot:
1.Tajuk yang menarik yang boleh
menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Pertama untuk
menulis blog dengan baik mestilah ada tajuk yang menarik supaya dapat menarik
perhatian pembaca. Tajuk itu mestilah sesuai dengan content dan kadar dengan
simple. Tajuk itu bolehlah juga tengok dengan sesuatu kelompok. Kedua, cerita
menarik juga sangat penting seperti susunan jalan cerita yang tidak
meleret-leret dan straightforward. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan
berbentu jenaka juga mampu untuk membuatkannya lebih menarik. Seluruh negara
juga amat sukai dengan hiburan lawak yang menyentuh. Keempat, pastikan
penulisan terdapat huraian yang baik dan hujah yang kena dengan isi. Penting supaya
tidak lari dari sasaran pembaca dan takut pembaca hilang fokus. Kelima, kaitkan
penulisan dengan berita terkini supaya penulisan kita lebih update dan mendapat
tempat semua pihak. Dan penulisan kita lebih tahu tentang isu semasa tidaklah
di tokok yang lama. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Ayat yang ringkas mudah memahami dan pembaca tidak suka berlebih-lebihan. Ketujuh,
dapat dibaca dan difahami. Pastikan ayat, ejaan, struktur bahasa yang diguna
senang difahami. Kelapan, berkomunikasi dengan pembaca supaya sampai dari hati
ke hati agar penulis tidak syok sendiri. Kesembilan, moral dan nilai penting
agar penulisan blog kita lebih terjamin. Kesepuluh, berilmu untuk penulisan
pendidikan. Sebelum membuat penulisan di blog perlulah ada pengetahuan ilmu
itu.
RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
TENTANG DIRI
NUR AQILAH BINTI SAIFUDDIN
199325
Nama diberi Nur Aqilah Binti Saifuddin. Lahir pada 12 September 1997. Berumur 23 tahun. Hobi suka bermain badminton. Makanan kegemaran ialah Laksa Penang dan Yong Tau Fu. Minuman kegemaraan ialah Air Anggur dan ABC. Saya anak yang ke 3 daripada 5 orang adik beradik. Warna kegemaran saya ialah biru. Ibu bapa saya bekerja sebagai cikgu. Saya lahir di Kuala Lumpur dan sekarang menetap di Pekan, Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...
-
Gambar tersebut merupakan aktiviti 2 manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Pertama, dapat belajar tentang selok belok I...
-
Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...














