Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020:Cerita Sosial 1

Cerita sosial seperti cerita kanak-kanak dalam buku wacana ini mampu memberikan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa, dan penting ibu bapa dan guru sekolah menjalankan aktiviti bercerita sesame mereka. Cerita sosial ini juga mengandungi bahasa yang mudah difahami dan jalan cerita yang menarik. Amatlah wajar model ini digunakan sepenuhnya supaya kanak-kanak istimewa dapat belajar dengan jayanya. Maklum balas daripada kanak-kanak istimewa sendiri dapat mendorong kajian yang lebih jauh lagi dari aspek pemahaman ayat yang lebih kompleks dan juga situasi yang berbeza setiap hari. Persoalan nilai juga juga dapat diterapkan seperti nilai baik hati, jujur, tolong-menolong dan sebagainya. Oleh sebab itu, pentingnya nilai-nilai baik ini agar pelajar dapat meniru contoh teladan yang baik dalam cerita ini seperti Alim dengan neneknya. Alim sangat kasih akan neneknya dan berusaha untuk menolong sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, persoalan tentang watak Alim yang sukakan ayam dan itik. Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Jadi sangat berbeza sekali dengan orang bandar, tetapi Alim masih ada sifat ingin tahu itu. Watak nenek dalam cerita ini menunjukkan bahawa bahasa dia seorang yang lemah lembut dan penyayang. Nenek akan cuba memujuk Alim dengan bercerita secara terperinci

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...