Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Cara-cara Membuat blogspot:
1.Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami 
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Pertama untuk menulis blog dengan baik mestilah ada tajuk yang menarik supaya dapat menarik perhatian pembaca. Tajuk itu mestilah sesuai dengan content dan kadar dengan simple. Tajuk itu bolehlah juga tengok dengan sesuatu kelompok. Kedua, cerita menarik juga sangat penting seperti susunan jalan cerita yang tidak meleret-leret dan straightforward. Ketiga, memasukkan ayat yang humor dan berbentu jenaka juga mampu untuk membuatkannya lebih menarik. Seluruh negara juga amat sukai dengan hiburan lawak yang menyentuh. Keempat, pastikan penulisan terdapat huraian yang baik dan hujah yang kena dengan isi. Penting supaya tidak lari dari sasaran pembaca dan takut pembaca hilang fokus. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini supaya penulisan kita lebih update dan mendapat tempat semua pihak. Dan penulisan kita lebih tahu tentang isu semasa tidaklah di tokok yang lama. Keenam, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ayat yang ringkas mudah memahami dan pembaca tidak suka berlebih-lebihan. Ketujuh, dapat dibaca dan difahami. Pastikan ayat, ejaan, struktur bahasa yang diguna senang difahami. Kelapan, berkomunikasi dengan pembaca supaya sampai dari hati ke hati agar penulis tidak syok sendiri. Kesembilan, moral dan nilai penting agar penulisan blog kita lebih terjamin. Kesepuluh, berilmu untuk penulisan pendidikan. Sebelum membuat penulisan di blog perlulah ada pengetahuan ilmu itu.

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...