Thursday 30 April 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Cerita Sosial 2
Mengandungi 3 nilai iaitu nilai kasih sayang, nilai berterima kasih dan nilai baik hati.




1. Nilai kasih sayang disini apabila Alim ingin berkongsi makanan atau barang yang disukai kepada Sulaiman. Alim ingin berkongsi rasa apa yang telah dia dapat, dia tidak ingin dia seorang sahaja beroleh rezeki. Sebaiknya, perlu berkongsi kerana itu satu amalan yang mulia. Ibunya pun cukup berbangga melihat Alim sendiri yang tidak melupakan orang lain.

2. Nilai berterima kasih. Seperti yang terkandung dalam buku ini, Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian plastik yang berisi buah-buahan itu. Sifat ini seharusnya diamalkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan persaudaraan. Ramai yang terlupa untuk mengucapkan terima kasih dewasa ini jika beroleh sesuatu. Jadi, nilai ini seharusnya dipegang kerana ia merupakan amalan yang baik.

3. Nilai baik hati. Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah setelah selesai makan. Hal ini jelas menunjukkan satu contoh perbuatan yang baik yang harus kita ikuti. Kita perlu sama-sama menyemaikan sifat baik hati itu dalam diri sendiri kerana banyak pahala dan disayangi pula. Seperti Alim yang membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Sangat besarlah sebenarnya nilai ini dan merupakan aspek penting untuk dititikberatkan dalam kehidupan.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT

Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Minggu 5

Bahagian A



Peta Minda


Rujukan
Noraien Mansor&Normaliza Abd Rahim.(2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu:Penerbit UMT











BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Minggu 5
Bahagian A

Nur Aqilah Binti Saifuddin
199325

Strategi Kesopanan Oleh Brown&Levinson(1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalalm erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengamcam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Kesopanan Positif

Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Penerbit UMT


Bahagian B
Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
Pada hari ahad lalu, bapa Alim membawa banyak buah-buahan. Bapa telah membeli buah-buahan di pasar tani. Bapa tahu, Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Ada buah rambutan, ada buah durian, ada buah manggis, ada buah langsat, ada buah duku dan banyak lagi. Abang Imran memanggil yang lain supaya makan sama-sama sejurus bapa pulang dari pasar tani. Ibu menyediakan bakul sampah supaya rumah tidak kotor nanti. Dan yang lain faham akan arahan ibu. Sambil-sambil makan, alim mencadangkan kepada ibu supaya buah-buahan ini diberi sedikit kepada Sulaiman. Ibu dan ayahnya sendiri berpesan berkongsi makanan yang kita suka atau barang adalah satu perbuatan yang mulia. Ibu Alim sungguh terharu dengan kata-kata Alim.  Ibu menyediakan plastik merah yang berisi buah rambutan dan manggis untuk diberi kepada Sulaiman. Ibu Alim tahu Sulaiman sedang siram pokok bunga kebetulan tadi. Alim pun mencapai beg plastik tersebut dan beri kepada Sulaiman dengan tersenyum puas. Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Lalu Aim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai. Ibu Sulaiman mengucap terima kasih atas pemberiannya.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia Dalam Bahasa

BBM3410Satu2020: Nota Peta Minda Asas Fotografi

Minggu 5
Bahagian A











Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM

Bahagian B
Kepentingan Rule of Thirds


Rule of thirds merupakan teknik fotografi yang sangat penting difokuskan. Ia digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Fotografi tidak mempunyai garis panduan atau peraturan yang tetap bagi mendapatkan hasil imej yang terbaik. Dek kerana falsafah atau prinsip sebenar fotografi ialah dalam peraturan dunia fotografi, ia tidak mempunyai sebarang peraturan. Namun, ROT dicipta bagi mendapatkan komposisi penceritaan disebalik setiap petikan jari untuk mendapatkan sebuah gambar yang tidak mempunyai ‘jiwa kosong’. Dengan memahami komposisi letak duduknya ROT, kita akan dapati bahawa terdapat sesetengah gambar, merupakan snapshot biasa, manakala sesetengah yang lainnya pula mempunyai suatu ‘jalan cerita’. Kajian mendapati mata manusia kebiasaannya akan menghala kepada garis silang atau titik pertemuan berbanding menghala terus ke tengah gambar, dan ROT berfungsi untuk menjadikan gambar lebih mudah dihadamkan oleh mata manusia berbanding memaksanya. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting, dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan (sekurang-kurangnya dalam fotografi), rule of thirds tidak digunakan dalam situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik. ROT dicipta bagi mengenal pasti empat elemen penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej.










Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019).Multimedia dalam Bahasa. Selangor. Penerbit:UPM

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Minggu 5
Bahagian B

Pengenalan Bab2

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa enulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                    (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                     (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Rujukan tersebut memberi erti bahawa antara cabaran besar dalam menulis individu ialah kurang keyakinan semasa menulis. Ini mungkin disebabkan persepsi orang terhadap penulisannya menyebabkan semangat untuk menulis mudah luntur. Ada sebahagian masyarakat yang menanggap remeh tentang ini tetapi sebenarnya memberi impak besar kepada individu tersebut untuk terus melakukan latihan menulis di ruang yang disediakan. Dengan teknologi yang sedia ada, netizen acap kali terus menghentam diri seseorang penulis itu walhal ia ingin memperbaiki cara penulisannya dan ingin tahu perkembangan dirinya bagaimana pengalaman dapat mematangkan aspek penulisannya. Selain itu, rujukan kedua mengatakan bahawa pelajar lebih suka melibatkan dalam aktiviti supaya mereka terus fokus pada proses pembelajaran Bahasa. Penting sebenarnya penglibatan ini supaya dapat mengelak berlaku salah faham dalam pengajaran dan semestinya untuk mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Pelajar turut akan rasa aktif dan sentiasa bertanya tutor mereka dalam proses pdp (pengajaran dan pembelajaran). Bahkan, aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya dapat mengembangkan otak dan berdaya saing masing-masing. Sebab itulah pemantau harus ada supaya mereka tidak tersisih dan tidak jauh dari proses mempelajarinya kerana banyak hal-hal yang bermanfaat boleh diperolehi. Kaedah ini dikatakan sangat mujarab untuk membantu sang guru dan anak murid untuk sentiasa memperbaiki diri dan memperbaharui ilmu-ilmu yang ada secara langsung mahupun tidak.













Rujukan
NoraienMansor&Normaliza Abd Rahim.(2019).Eh!!!Media Sosial.Terengganu:Penerbit UMT

Sunday 26 April 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA


Bab 1-Pekaka Bercerita:Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu



Bab 2-Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi



Terima kasih ProfN...saya dapat 10 per 10.



BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...