Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini


Minggu 5
Bahagian B

Pengenalan Bab2

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa enulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                    (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                     (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Rujukan tersebut memberi erti bahawa antara cabaran besar dalam menulis individu ialah kurang keyakinan semasa menulis. Ini mungkin disebabkan persepsi orang terhadap penulisannya menyebabkan semangat untuk menulis mudah luntur. Ada sebahagian masyarakat yang menanggap remeh tentang ini tetapi sebenarnya memberi impak besar kepada individu tersebut untuk terus melakukan latihan menulis di ruang yang disediakan. Dengan teknologi yang sedia ada, netizen acap kali terus menghentam diri seseorang penulis itu walhal ia ingin memperbaiki cara penulisannya dan ingin tahu perkembangan dirinya bagaimana pengalaman dapat mematangkan aspek penulisannya. Selain itu, rujukan kedua mengatakan bahawa pelajar lebih suka melibatkan dalam aktiviti supaya mereka terus fokus pada proses pembelajaran Bahasa. Penting sebenarnya penglibatan ini supaya dapat mengelak berlaku salah faham dalam pengajaran dan semestinya untuk mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Pelajar turut akan rasa aktif dan sentiasa bertanya tutor mereka dalam proses pdp (pengajaran dan pembelajaran). Bahkan, aktiviti yang menyeronokkan sebenarnya dapat mengembangkan otak dan berdaya saing masing-masing. Sebab itulah pemantau harus ada supaya mereka tidak tersisih dan tidak jauh dari proses mempelajarinya kerana banyak hal-hal yang bermanfaat boleh diperolehi. Kaedah ini dikatakan sangat mujarab untuk membantu sang guru dan anak murid untuk sentiasa memperbaiki diri dan memperbaharui ilmu-ilmu yang ada secara langsung mahupun tidak.













Rujukan
NoraienMansor&Normaliza Abd Rahim.(2019).Eh!!!Media Sosial.Terengganu:Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...