Wednesday 6 May 2020

BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA







RUJUKAN
Noraien Mansor&Normaliza Abd Rahim(2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

CERITA SOSIAL 3(NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3












Nilai menolong. Alim suka menolong ibu bapanya setiap hari. Alim mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Sebab adiknya selalu lupa mengemas permainan setelah bermain. Alim yang akan menyimpan semula permainan permainan setelah bermain. Alim juga belajar menolong adik beradiknya yang lain.

Nilai bersabar. Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja tersebut. Alim tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Lantas, ibunya tolong bersama dan akhirnya dia berjaya menghabiskan kerjanya

Nilai kasih sayang. Seperti yang terdapat dalam cerita ini nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu yang sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik dan memberi pujian kepada Alim. Sebenarnya kata-kata ini sangat penting agar seorang anak terus bersemangat dalam melakukan hal. Dorongan seorang ibu mampu memberi contoh yang terbaik dan teladan buat si anak.

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Salam. Hari ni nak share tentang 5 kepentingan asas grafik. Pertama, menarik. Sebenarnya foto atau video yang menarik boleh memberi impak yang kuat kepada masyarakat terhadap mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana masyarakat akan mudah tertarik sebenarnya dan tidak cepat bosan. Sebab itu menarik ni perlu ada untuk asas grafik untuk tarik audience tu kerana secara tidak langsung akan menambah bilangan pengikut.

Kedua, kepentingan yang lain ialah mudah difahami. Konsep yang mudah difahami oleh masyarakat sebenarnya lebih berkesan. Sebab itu grafik yang ingin dirangka perlu memainkan peranan asas ini supaya masyarakat tidak keliru atau berasa ragu-ragu dengan apa yang ingin disampaikan. Secara totalnya, sangat pentinglah untuk masyarakat memahami keseluruhannya terhadap apa yang dipaparkan.

Ketiga, Mesej. Mesej yang baik mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat. Untuk menyampaikan mesej yang baik perlulah memfokuskan apa yang perlu ingin dikatakan. Elakkan daripada memasukkan sebarang yang bercelaru. Kerana jelas grafik mudah untuk penonton atau pembaca merasai sekadar melihatnya sahaja. Tujuan utama atau tema yang ingin dicerapkan dalam poster itu mengambil maklum semua.

Keempat. Ketara. Tidak akan terjadi sebarang konflik atau kekeliruan makna mesej yang ingin disampaikan jika asas ini mudah masyarakat untuk memahami.Ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengelakkan ketidakfahaman kerana foto dan video yang dipapar telah disertakan. Oleh itu, asas grafik ini sangat penting untuk nampak ketara itu.

Kelima, Asas yang terakhir ialah promosi. Promosi antara medium yang senang, cepat dan berkesan sekali lagi-lagi menggunakan foto atau video. Rata-ratanya promosi ini untuk mempromosikan barangan atau mesej yang ingin disampaikan kerana bertindak saluran yang begitu memberangsangkan. Amnya, sangat positif dan jimat pun jimat untuk melakukan asas grafik ini.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM.

Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020:Aktiviti 1,2,3 (Buku Media Sosial)


Aktiviti 1. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian saya ialah:
1. Dapat berkenalan dan mengenali serantau dunia. Hal ini telah memudahkan saya untuk berkongsi pendapat dan belajar tentang bahasa lain. Ia sangat menyeronokkan.
2. Dapat memberi semangat contohnya melakukan aktiviti bisnes sehingga berjaya. Selalunya pengaruh yang kuat seperti artis dan para usahawan berjaya mempengaruhi saya untuk menceburi bidang perniagaan secara kecul-kecilan dahulu. Misalnya, saya berjinak dengan dropship terlebih dahulu.
3. Dapat meraih populariti dan boleh dijadikan sumber kewangan. Media sosial antara tempat yang terbaik untuk meraih perhatian tetapi niat juga harus diperbetulkan dahulu. Jika pandai daya tarikan, maka ia sangat membantu untuk memperoleh maklumat.
4. Dapat menambah info ilmu dari segi psikologi, dunia masakan dan sebagainya. Terlalu banyak yang saya peroleh melalui media sosial ini.
5. Ianya satu platform yang berjaya untuk mencungkilkan bakat. Mana tahu akan ada satu agensi tertarik dengan bakat kita! Rezeki di mana-mana.



Aktiviti 2. Manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?
1. Dapat belajar tentang selok belok ICT
2. Dapat berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dunia luar melalui medium yang dikenakan.
3. Berupaya menjadikan saluran komunikasi lebih menarik. Orang akan mudah tertarik dan tidak cepat bosan.
4. Dapat menjadikan satu kerjaya misal pendidikan networking.
5. Memperbaharui ilmu-ilmu baru seperti analisis penyuntingan teks.



Aktiviti 3. Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya.
1. Instagram-senang dicerobohi oleh pihak luar untuk mengambil maklumat peribadi.
-Netizen mengeluarkan kata-kata kesat tanpa selidiki terlebih dahulu
- Keliru dengan berita semasa. Hal ini kerana, terjadi sahaja sekarang berita-berita yang palsu.

2. Facebook-plagiat senang berlaku untuk kepentingan diri
- Mudah dimasuki penjenayah siber dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab
- Leka dalam dunia sendiri sehingga menyebabkan ketagihan




RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM,2019)



Facebook



Begitulah postingan saya di facebook mengenai Rule of Thirds boleh rujuki laman media sosial saya di sana. Rule of Thirds antara disiplin ilmu fotografi yang penting untuk dipelajari supaya menghasilkan gambar yang cantik dan memikat hati ramai. Justeru, teknik sebetulnya perlu untuk keseimbangan imej dan komposisi. Imaginasi yang tinggi juga harus ada supaya gambar kelihatan menarik. Sekian terima kasih.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor:Penerbit UPM.














BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...