Friday 20 March 2020



BBM3410Satu2020: GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA




Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah Binti Saifuddin

Monday 16 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

 

Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah Binti Saifuddin

Friday 6 March 2020

Asas grafik


Asas grafik ada 5 iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara dan promosi. Bagi menarik, sebenarnya tidak kisah tetapi biarlah memberi impak yang baik kepada orang yang melihat nanti.Kedua, mudah difahami itu sebenarnya lebih kepada content yang disediakan dan direct. Ketiga, mesej perlulah dipaparkan bersama supaya tidaklah kosong sahaja dan tidak mempunyai nilai apa-apa. Keempat, ketara itu sasaran kepada orang yang nak tengok nanti pastikan jelas apa yang ingin disampaikan supaya tidak keliru. Kelima, promosi lah part yang paling penting tau sebab tanpa promosi yang lain semua tak berguna kerana ia cepat dan murah.

Rujukan/Bibliografi
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020:Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)






Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
Isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


                                   Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020:Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)




Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)
Strategi Pengelakan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik
Achievement or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa (Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10.Pertukaran kod
11.Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stalling
Stalling or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi penanda (hesitation devices)

Rajah 7:Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Kepentingan penggunaan strategi komunikasi ini ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengekalan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Seterusnya, bertujuan untuk penggunaan item leksikal umum menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Dalam pada itu, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat dan kepentingan lain diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran.








RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi:Universiti Malaysia Terengganu.

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Manfaat penggunaan Instagram mampu membantu untuk mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Instagram memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Tambahan, subjek kajian menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Bukan itu sahaja, pelajar di sekolah juga bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Kajian bakal bantu pengajar tersebut dan pengguna cerita pendek. Bagi pengajar, cerita pendek Instagram membantu untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Akhir sekali manfaat instagram ialah aura positif dapat difahami oleh pengguna lain dan kajian tersebut dapat menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!!Media Sosial. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


Hasil keputusan perbincangan pengajian kesusasteraan mendapati responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka berbanding responden lelaki. Ini kerana responden wanita lebih emosi dan tersurat. Bahasa yang digunakan juga adalah lebih santai dan digunakan sebagai latihan kelas kesusasteraan untuk menggunakan perkataan yang sesuai. Tahap sasaran juga berbeza dalam menulis puisi (blog) untuk memotivasikan dan keyakinan. Bagi cerpen, menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi daripada lelaki. Responden menyatakan bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah cerita kanak-kanak kerana ia menarik. Cerpen pendek ini sangat baik untuk sesiapa yang mahu mengasah kemahiran bakat menulis. Kerana penyampaian akan mudah menjadi lebih seronok. Bukan itu sahaja, mereka juga turut berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Seterusmya, menulis skrip adalah bahasa sasaran sesuai digunakan untuk penulisan blog. Peratus menunjukkan bahawa responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini kerana fakta perempuan berminat berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip. Menulis skrip juga mampu menolong untuk berimaginasi seperti yang mereka inginkan. Banyak perkara yang ingin diceritakan dan boleh dikongsikan apa-apa maklumat. Responden suka menulis skrip mengikut bahasa sasaran. Dan apabila skrip mereka dibaca melalui blog, ia akan menyebabkan responden secara tidak langsung bermotivasi lantaran membantu untuk terus menulis di dalam blog dengan berbagai idea kerana platform dunia kini yang canggih. Akhir sekali, pantun turut dinyatakan. Responden wanita lebih cenderung memilih pantun dalam penulisan blog berbanding responden lelaki. Ini disebabkan fakta bahawa lelaki sukar untuk menulis. Responden wanita lebih berpuas hati dengan pantun yang mereka buat kerana mereka tahu cara untuk menulis pantun dua rangkap yang baik. Dan, responden wanita lebih selesa sebenarnya meninggalkan pantun kepada rakan melalui blog. Pantun adalah tradisional dan sepatutnya dikuasai oleh kita golongan Melayu untuk terus berjuang mempertahankan adat budaya dan resam. Kerana kebanyakan responden adalah wanita, ia suka yang berunsur romantik selain memotivasikan sebenarnya. Keyakinan akan bertamabah melalui penulisan blog tersebut.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Noraien Mansor& Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...