Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020:Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)






Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
Isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro

Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks


                                   Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh vanDijk (1977)

Menurut VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Hari ni nak cerita tentang tugasan yang menggunakan photoshop. En akmal banyak menerangkan tentang langkah-langkah membuat photoshop ka...